Pengertian Ilmu Dalam Islam Terlengkap 99% Pembahasannya
Tuntutlah Ilmu
Prof Dr Syed Naquib Alattas telah mendefinisikan ilmu sebagai ketibaaan makna dalam diri seseorangan yang menyebabkan berlaku perubahan berdasarkan ilmu yang diperolehi.
Secara ringkasnya :
Pengertian ilmu :-
Bahasa : merupakan perkataan arab iaitu ‘alima yang bererti mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu dengan sebenarnya.
Istilah : memberi erti tentang segala pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang dari ALLAH swt yang diturunkan kepada rasul-rasulnya dan alam ciptaannya termasuk manusia yang memiliki aspek lahiriah dan batin.
Secara umumnya, ilmu didefinasikan sebagai pengetahuan dan kepandaian mengenai sesuatu bidang yang disusun secara bersistem menurut kaedah dan metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan yang berkait dengan bidang ilmu tersebut.
Perbezaan pengertian Ilmu antara Islam dan Barat
Dalam pengertian barat moden, ilmu hanyalah merujuk kepada pengenalan atau persepsi yang jelas tentang fakta. Fakta pula merujuk kepada perkara-perkara yang boleh dilihat dan dirasai oleh pancaindera zahir dan bersifat empiris. Kewujudan perkara lain diluar keupayaan pancaindera tersebut dianggap bukan fakta dan tidak termasuk dalam bidang ilmu. Mengikut pandangan mereka secara auti matrik ajaran agma terkeluar daripada takrif atau ruang ilmu dan dianggap sebagai kepercayaan semata-mata.
Islam mengabungkan agama dan ilmu. Tiada penentangan antara agama dan ilmu dalam islam malah agama itu sendiri dianggap sebagai ilmu dan ilmu adalah agama. Istilah ilmu merangkumi pelbagai perkara antarnya Al-quran, Syariah, Sunnah Iman dan lain-lain.Ilmu merupakan teras dalam sistem pendidikan islam. Penekanan terhadap ilmu jelas terdapat dalam Al-Quran dan Sunnah. Selain itu, mendapat pengiktirafan Allah sebagai sumber tertinggi ilmu pengetahuan manusia wahyu terawal yang telah diturnkan kepada nabi Muhammad saw.
Ayat Al-Quran dan Hadith-hadith mengenai Ilmu .
Allah mengangkat martabat orang berilmu serta diletakkan ditempat yang tinggi. Maka, dengan ilmu jugalah seseorang itu dipandang tinggi dan dihormati. Di sini, Allah telah menerangkan melalui beberapa firmanNya :
Diangkat darjatnya:
“Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan” Surah al mujahadah:11
Ilmu dapat membezakan taraf dalm kalanan manusia:
“Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat perngakatan dan petunjuk hanyalah dikalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana” Surah al Zumar:9
Membentuk peribadi yang baik dan menjadikan seseorang itu bertakwa dan cintakan ALLAH swt dan Rasul-NYA
“Seseungguhnya yang takutkan ALLAH daripada hamba-nya ialah orang yang berilmu” Surah al-Fathir:28
Antara hadith yang menekankan kewajipan agar umat islam untuk menuntut ilmu :
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud
“Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad”.
Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud
“Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri china”
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud
“Menuntut ilmu menjadi kewajipan ke atas setiap umat islam”
Ayat Al-Quran dan Hadith yang menerangkan tentang kelebihan orang yang berilmu :
Rasulullah saw bersabda:
“Sekiranya kamu keluar pada waktu pagi untuk mempelajari satu bab dari ilmu adalah lebih baik dari kamu solat sunat 100 rakaat”
Sabda rasulullah yang bermaksud:
“Ilmu itu ibarat gudang dan anak kuncinya adlah pertanyaan, dari itu bertanyalah! Sesungguhnya setiap kali ada yang bertnya, ada 4 golongan yang diberi pahala iaitu: yang bertanya, yang ditanya, yang mendengar yang mengintai mereka”
Daripda Abu hurairah berkata: Rasulullah saw bersabda:
“Barang siapa menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah memudahkan badi orang itu kerana ilmu adalah jalan menuju ke syurga.”ang berilmu dengan beberapa darjat.”
Firman Allah dalam surah al mujahadah :11
“Diangkat oleh Allah orang yang beriman daripada kamu dan orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat.”
Kepentingan Ilmu Pengetahuan
Terlalu banyak dalil daripada Al-Quran dan hadith yang menunjukkan ketinggian ilmu dan orang yang berilmu. Ini bererti Allah amat bersungguh-sungguh meninggikan darjat orang yang berilmu. Manakala dalam kalangan manusia pula orang berilmu akan dipandang tinggi dan ditinggikan kedudukannya.
Mengenai keutamaan menuntut ilmu, Rasulullah saw ada menyatakan:
“Sungguh, malaikat akan meletakkan sayapnya(menaungi) pada pencari ilmu kerana senang apa yang sedang dituntutnya. Orang berilmu selalu diminta ampunkan oleh apa yang ada di langit dan dibumi sampai oleh ikan di air. Keutamaan orang berilmu dibanding dengan orang yang banyak beribadat seperti keutamaan bulan purnama berbanding semua bintang. Para ulama pewaris nabi, mereka tidak mewarisi dinar dan dirham tetapi mereka mewarisi ilmu. Maka sesiapa yang mengambilnya bererti ia mendapat keuntungan yang banyak.
Hadith riwayat Abu daud, tirmizi dan ibnu hibban
Maka jelaslah apa yang dikatakan oleh Sayidina Ali ra kepada Kamil bin Ziyad:
“Ilmu lebih baik daripada harta. Ilmu akan menjagamu dan kamu akan menjaga harta. Ilmu semakin bertambah jika diinfakkan, Dan harta, sebaliknya semakin berkurang jika dibelanjakan. Ilmu pembimbing dan harta dibimbing”
“Imam Mazhab” iaitu Imam Syafie katanya “Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang didunia dan di akhirat, disamping ianya menjadi amalan para Nabi, Rasul dan orang-orang soleh.”
Ini sejajar dengan penurunan suruh al-Alaq sebagai perintah kepada manusia menuntut ilmu. Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim. Ini ditegaskan oleh sabda Nabi saw yang bermaksud “Jadikanlah dirimu orang alim(berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai(tiga golongan yg tersebut) dan janganlah engkau menjadi golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa” –Riwayat al-Bazzar.
Imam Al-Ghazali dalam ‘Al-Iqtisad Fi Al-I’tiqad’ menulis, “Perumpamaan akal adalah laksana penglihatan yang sempurna dan tidak cacat. Sedangkan perumpaamaan al-Quran adalah seperti matahari yang cahayanya tersebar merata, hingga memberi kemudahan bagi para pencari petunjuk.”
Imam Hasan Al-banna pula berkata, “Mencintai dan memuji orang soleh kerana amal perbuatan mereka yang baik, dapat mendekatkan diri kepada ALLAH swt .”
Fatah al-Maushili rahimahullah menjelaskan, “Bukankah si pesakit itu apabila tidak diberikan ubat, dia kan mati!” Orang ramai menjawab, “Benar katamu!” Fatah al-Maushili berkata lagi, “Demikian pulanya sifatnya hati, kiranya ia tidak diberikan hikmat dan ilmu pengetahuan selama tiga hari saja, akan matilah ia.”
Kata-kata nasihat seorang pujangga Muadz bin Jabal Radhiiyyallahu anhu
“Pelajarilah ilmu kerana mempelajarinya sebab ALLAH adalah kasyah. Menuntutnya adalah ibadat, mempelajarinya adalah tasbih dan mencarinya adalah jihad. Mengajarnya kepada orang tidak mengetahui adalah sedekah dan menyerahnya kepada ahlinya adalah taqarrub. Sesungguhnya, ilmu adalah teman dekat dalam bersendirian dan sahabat dalam kesunyian.”
Perintah Iqra’
Sumber-sumber Ilmu Pengetahuan
Secara umunya ilmu pengetahuan adalah diperolehi melalui wahyu, pancaindera, akal dan intuisi atau ilham.
· Wahyu
Wahyu adalah pemberitahuan daripada Allah swt kepada seorang hambanya yang dipilih di kalangan hambanya dengan secara sulit dan rahsia. Tidak dapat dinafikan bahawa wahyu adalah sumber pengetahuan yang penting yang telah disampaikan Allah kepada manusia sama ianya disampaikan melalui Nabi Muhammad saw atau para nabi terdahulu. Wahyu juga teras kepada segala ilmu kerana didalam al Quran terkandung pelbagai jenis ilmu pengetahuan yang amat diperlukan oleh manusia.
· Pancaindera
Semua pancaindera seperti sentuhan, ciuman, penglihatan, pendengaran dan deria rasa juga merupakan ilmu pengetahuan yang utamadan amat berguna bagi manusia untuk berinteraksi sesama manusia dan alam sekelilingnya dengan mudah dan betul . Kesemua pancaindera ini merupakan satu cara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan melalui beberapa percubaan dan pengalaman yang berulang-ulang.
· Akal
Beza antara manusia dengan haiwan adalah akal yang mana Allah berikan hanya kepada manusia untuk berfikir secara kreatif. Akal merupakan sumber utama pengetahuan manusia, dengan akal juga manusia dapat membezakan antara baik dan buruk. Firman Allah dalam kitab yang paling suci dan dalil dalil hadith banyak mencerita kepentingan mencari ilmu supaya manusia sentiasa berfikir kearah kebaikan dan tidak terpesong dari akidah islam. Sabda Rasulullah “Selagi mana kamu berpegang pada Al-Quran dan hadith, maka kamu tidak akan sesat”.
· Intuisi atau Ilham
Dalam islam ilham ini boleh dikenali sebagai “firasat” yang dikurniakan oleh Allah kepada para Ulama. Ianya merupakan pengetahuan yang diperolehi tanpa melalui proses pemikiran yang tertentu. Contohnya, kita mempunyai masalah, secara tiba-tiba ada jalan penyelesaian kepada masalah kita setelah kita berusaha mencari jalan penyelesaian.
Kesimpulannya
Pujangga Hamka berkata “Orang yang pengetahuannya sedikit kerap kali menyangka dirinya telah mengetahui semua. Tetapi orang yang telah mendalami ilmunya tidak berani lagi mengatakan bahawa dia tahu segalanya. Bahkan dia lebih berani berkata, “Banyak yang belum saya ketahui.”
Abdulullah bin Mubarak pernah menyebut, “Seseorang itu akan sentiasa menjadi ‘alim selama mana dia menuntut ilmu.”
Akhir kata, menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim. Ini ditegas dalam al-Quran dan hadith. Ilmu dibahagikan kepada dua iaitu ilmu Fardhu Ain dan ilmu Fardhu Kifayah. Walau bagaimanapun, ilmu yang perlu didalami sebelum yang lain adalah ilmu Fardhu Ain. Ilmu ini termasuklah tentang solat, berpuasa dan ia juga merangkumi asas ilmu tauhid dan sifat mahmudah dan mazmumah.
Selain itu, dalam islam mengalakkan umatnya agar menuntut ilmu Fardhu Kifayah iaitu ilmu duniawi seperti membaca, menulis serta mengira supaya tidak ketinggalan jauh ke belakang. Di samping itu, dengan menuntut ilmu kita boleh menjadi insan yang berguna dan mampu membina kemajuan untuk masyarakat dan negara. Sebagai contoh yang dilakukan oleh cendekiawan Islam dahulu seperti Ibnu Sina, Ibnu khaldun, Al khawarizmi dan lain-lain.
Kata Imam Syafie “Ilmu yang sebenar-benarnya ialah ilmu yang mendekatkan kita kepada Allah. Tidak kiralah ilmu ukhrawi seperti tauhid dan ilmu duniawi seperti sains dan matematik kerana kedua-dua jenis ini mengajar kita kewujudan dan kekuasaan Allah yang tiada batas.”
Rujukan
1. Pengantar Tamadun dan Sejarah Pemikirang Islam
2. Anakku.. HIDUP SEKALI BIAR BERERTIT
3. 30 Wasiat IMAM SYAFIE
“Ilmu itu Pelita Kehidupan”
Sumber:http://asyrafmuda.blogspot.co.id/2012/09/pengertian-ilmu-dalam-islam.html?m=1